Muliakanlah beliau. Beliau adalah sahabat aku

TEKS BAHASA ARAB

أكرميه؛ فإنه من أشبه أصحابي بي خلقا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Muliakanlah beliau. Beliau adalah sahabat aku yang hampir sama akhlaknya dengan aku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1921 hadis nombor 9646. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: دخلت على رقية بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم – امرأة عثمان بن عفان رضي الله عنه – وفي يدها مشط فقالت: خرج من عندي رسول الله صلى الله عليه وسلم آنفا رجلت رأسه، فقال: كيف تجدين أبا عبد الله؟، قلت: كخير الرجال. قال: أكرميه، فإنه من أشبه أصحابي بي خلقا.
[ك، طب، ((الضعيفة)) (6364)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Aku masuk bertemu Ruqayyah binti Rasulullah SAW, isteri kepada Uthman RA dalam keadaan tangannya memegang sikat. Beliau berkata: Rasulullah keluar dari sini tadi di mana aku selesai menyikat rambut Baginda. Rasulullah SAW bersabda: Bagaimana pandangan kamu tentang Abu Abdullah? Aku berkata: Sebaik-baik lelaki. Nabi SAW bersabda: Muliakanlah beliau. Beliau adalah sahabat aku yang hampir sama akhlaknya dengan aku.
[Riwayat Mustadrak al-Hakim, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6364]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs