Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَكْرِمِيهِ؛ فَإِنَّهُ مِنْ أَشْبَهِ أَصْحَابِي بِي خُلُقاً.
Teks Bahasa Melayu
Muliakanlah beliau. Beliau adalah sahabat aku yang hampir sama akhlaknya dengan aku.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1921, hadis no. 9646. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: دخلت على رقية بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم - امرأة عثمان بن عفان رضي الله عنه - وفي يدها مشط فقالت: خرج من عندي رسول الله صلى الله عليه وسلم آنفا رجلت رأسه، فقال: كيف تجدين أبا عبد الله؟، قلت: كخير الرجال. قال: أكرميه، فإنه من أشبه أصحابي بي خلقا. [ك، طب، ((الضعيفة)) (6364)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Aku masuk bertemu Ruqayyah binti Rasulullah SAW, isteri kepada Uthman RA dalam keadaan tangannya memegang sikat. Beliau berkata: Rasulullah keluar dari sini tadi di mana aku selesai menyikat rambut Baginda. Rasulullah SAW bersabda: Bagaimana pandangan kamu tentang Abu Abdullah? Aku berkata: Sebaik-baik lelaki. Nabi SAW bersabda: Muliakanlah beliau. Beliau adalah sahabat aku yang hampir sama akhlaknya dengan aku. [Riwayat Mustadrak al-Hakim, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6364]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman