Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الإيمانُ يَمانٍ، ورَجاءُ الإيمانِ في قحطانَ، والقسوةُ والجفاءُ فيما وَلدَ عدنانُ، حِمْيَرُ رأسُ العربِ ونابُها، والأزْدُ كاهلُها وجُمجُمتُها، ومَذْحِجُ هامَتُها وغَلْصَمتُها، وَهَمْدانُ غارِبُها وذِروَتُها، اللَّهمَّ أعِزَّ الأنصارَ الَّذينَ أقامَ اللَّهُ بِهم الدِّينَ، والأنصارُ همُ الَّذينَ آوَوْني ونصروني، وآزَروني، وحَمَوْني وَهم أصحابي في الدُّنيا، وَهُم شِيعتي في الآخرةِ، وأوَّلُ من يدخلُ بحبوحةَ الجنَّةِ مِن أمَّتي.
Teks Bahasa Melayu
Iman pada Yaman, pengharapan iman di Qahtan, kekerasan hati dan tabiat buruk pada tempat kelahiran 'Adnan, Himyar adalah kepala bagi Arab dan juga taringnya, al-Azdi adalah belakang bahagian atas, tengkorak, tempat menggerakkan kepala, pangkal tengkorak, bahu dan ubannya. Ya Allah! Muliakanlah Ansar yang Allah jadikan mereka penegak agama ini, dan Ansar adalah orang-orang yang membantu dan menolongku, serta melindungiku, mereka adalah para sahabatku di dunia dan mereka adalah pengikutku di akhirat serta orang terawal masuk ke tengah syurga dalam kalangan umatku.
Sahabat Perawi
- Uthman bin 'Affan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1378, hadis no. 7015. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عثمان بن عفان رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الإيمان يمان، ورجاء الإيمان في قحطان، والقسوة والجفاء فيما ولد عدنان، حمير رأس العرب ونابها، والأزد كاهلها وجمجمتها، ومذحج هامتها وغلصمتها، وهمدان غاربها وذروتها، اللهم أعز الأنصار الذين أقام الله بهم الدين، والأنصار هم الذين آووني ونصروني، وآزروني، وحموني وهم أصحابي في الدنيا، وهم شيعتي في الآخرة، وأول من يدخل بحبوحة الجنة من أمتي. [البزار، خط، ابن عساكر، فر، ((الضعيفة)) (6230)]
(Munkar) Daripada 'Uthman bin 'Affan RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Iman pada Yaman, pengharapan iman di Qahtan, kekerasan hati dan tabiat buruk pada tempat kelahiran 'Adnan, Himyar adalah kepala bagi Arab dan juga taringnya, al-Azdi adalah belakang bahagian atas, tengkorak, tempat menggerakkan kepala, pangkal tengkorak, bahu dan ubannya. Ya Allah! Muliakanlah Ansar yang Allah jadikan mereka penegak agama ini, dan Ansar adalah orang-orang yang membantu dan menolongku, serta melindungiku, mereka adalah para sahabatku di dunia dan mereka adalah pengikutku di akhirat serta orang terawal masuk ke tengah syurga dalam kalangan umatku. [Riwayat al-Bazzar, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn 'Asakir dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6230]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman