Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Muliakanlah anak-anak kamu dan perelokkanlah adab mereka

Teks Bahasa Arab

أَكْرِمُوا أولادَكم، وأَحْسِنُوا أدَبَهُم.

Teks Bahasa Melayu

Muliakanlah anak-anak kamu dan perelokkanlah adab mereka.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 187, hadis no. 958. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أكرموا أولادكم، وأحسنوا أدبهم)). [ه، عق، خط، ابن عساكر، أبو محمد المخلدي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (1649)]

(Terlalu Daif) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Muliakanlah anak-anak kamu dan perelokkanlah adab mereka. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau, al-'Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn ‘Asakir dan Abu Muhammad al-Makhladiy dalam al-Fawa’id. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1649]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.