TEKS BAHASA ARAB
أكرموا بيوتكم ببعض صلاتكم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Muliakan rumah kalian dengan (melaksanakan) sebahagian solat kalian.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 265, hadis nombor 1382. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((أكرموا بيوتكم ببعض صلاتكم)). [ابن خزيمة، ك، فر، الطبراني، الضياء، ((الضعيفة)) (2680)]
(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Muliakan rumah kalian dengan (melaksanakan) sebahagian solat kalian.
[Riwayat Ibn Khuzaymah, al-Hakim dalam Mustadrak beliau, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws, al-Tabarani dan al-Dhiya’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2680]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.