Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أكرِموا بيوتَكم ببَعضِ صلاتِكم.
Teks Bahasa Melayu
Muliakan rumah kalian dengan (melaksanakan) sebahagian solat kalian.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 265, hadis no. 1382. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((أكرموا بيوتكم ببعض صلاتكم)). [ابن خزيمة، ك، فر، الطبراني، الضياء، ((الضعيفة)) (2680)]
(Daif) Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Muliakan rumah kalian dengan (melaksanakan) sebahagian solat kalian. [Riwayat Ibn Khuzaymah, al-Hakim dalam Mustadrak beliau, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws, al-Tabarani dan al-Dhiya’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2680]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman