Mulakanlah anak-anak kalian pada kalimah pertama dengan ucapan: "Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah"

TEKS BAHASA ARAB

افتحوا على صبيانكم أول كلمة بـ: (لا إله إلا الله)، ولقنوهم عند الموت: (لا إله إلا الله)، فإنه من كان أول كلامه: (لا إله إلا الله)، وآخر كلامه: (لا إله إلا الله) ثم عاش ألف سنة؛ ما سئل عن ذنب واحد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mulakanlah anak-anak kalian pada kalimah pertama dengan ucapan: "Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah" dan bimbinglah ucapan mereka ketika (nazak) kematian: "Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah". Kerana sesungguhnya sesiapa yang ucapan pertamanya ialah "Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah" dan ucapan terakhirnya ialah "Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah" kemudian dia hidup selama seribu tahun, nescaya dia tidak akan ditanya tentang satu dosa sekalipun.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 533, hadis nombor 2821. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – عن النبي ﷺ قال: «افتحوا على صبيانكم أول كلمة بـ: (لا إله إلا الله)، ولقنوهم عند الموت: (لا إله إلا الله)؛ فإنه من كان أول كلامه: (لا إله إلا الله)، وآخر كلامه (لا إله إلا الله) ثم عاش ألف سنة؛ ما سئل عن ذنب واحد». [هب، «الضعيفة» (6146)].

(Batil) Daripada Ibn Abbās RA, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: Mulakanlah anak-anak kalian pada kalimah pertama dengan ucapan: "Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah" dan bimbinglah ucapan mereka ketika (nazak) kematian: "Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah". Kerana sesungguhnya sesiapa yang ucapan pertamanya ialah "Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah" dan ucapan terakhirnya ialah "Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah" kemudian dia hidup selama seribu tahun, nescaya dia tidak akan ditanya tentang satu dosa sekalipun. [Riwayat al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6146].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs