Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Mukmin yang paling baik imannya ialah yang apabila diminta kepadanya, dia memberi

Teks Bahasa Arab

أفضلُ المؤمنينَ إيمانًا الذي إذا سُئِلَ أَعْطَى، وإذا لم يُعْطَ استَغْنَى.

Teks Bahasa Melayu

Mukmin yang paling baik imannya ialah yang apabila diminta kepadanya, dia memberi. Manakala apabila dia tidak diberi, dia berasa cukup.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 564, hadis no. 2925.

(منكر) عن عبد الله بن عمرو - رضي الله عنهما -: أن رسول الله ﷺ قال لمن عنده: «أي المؤمنين أفضل؟» قال بعضهم: ‌المؤمن ‌الغني الذي يُعطي فيتصدق. فقال رسول الله ﷺ: «ليس كذلك، ولكن أفضل المؤمنين إيماناً الذي إذا سُئل أعطى، وإذا لم يُعط اسْتغْنى». [خط، ((الضعيفة)) (7037)].

(Munkar) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda kepada mereka yang ada di sisinya: “Mukmin yang manakah yang paling baik?” Sebahagian daripada mereka menjawab: “Mukmin yang kaya yang memberi maka dia bersedekah.” Maka Rasulullah ﷺ bersabda: “Bukan begitu. Akan tetapi mukmin yang paling baik imannya ialah yang apabila diminta kepadanya, dia memberi. Manakala apabila dia tidak diberi, dia berasa cukup”. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārikh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7037].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.