Mukmin yang paling baik imannya ialah seseorang yang apabila diminta sesuatu darinya, dia akan memberi

TEKS BAHASA ARAB

أفضل المؤمنين إيمانا الذي إذا سئل، أعطى، وإذا لم يعط استغنى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mukmin yang paling baik imannya ialah seseorang yang apabila diminta sesuatu darinya, dia akan memberi dan apabila dia tidak diberikan sesuatu, dia berpada dengan apa yang ada.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 144-145, hadis nombor 727. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبدالله بن عمرو رضي الله عنهما: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لمن عنده: ((أي المؤمنين أفضل؟)) قال بعضهم: المؤمن الغني الذي يُعطي فيتصدق. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ليس كذلك، ولكن أفضل المؤمنين إيماناً الذي إذا سُئل أعطى، وإذا لم يُعط اسْتغْنى)). [خط، ((الضعيفة)) (7037)]

(Munkar)
Daripada ‘Abdullāh bin ‘Amr RA: Bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada mereka yang berada di sisi baginda: “Siapakah mukmin yang paling baik?”. Sebahagian mereka menjawab: Seorang mukmin yang kaya yang mana dia memberi dan dia bersedekah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Bukan begitu, akan tetapi mukmin yang paling baik imannya ialah seseorang yang apabila diminta sesuatu darinya, dia akan memberi dan apabila dia tidak diberikan sesuatu, dia berpada dengan apa yang ada”.
[Riwayat al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7037]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs