Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أفضلُ المؤمنينَ إيمانًا الذي إذا سُئِلَ، أَعْطَى، وإذا لم يُعْطَ استَغْنَى.
Teks Bahasa Melayu
Mukmin yang paling baik imannya ialah seseorang yang apabila diminta sesuatu darinya, dia akan memberi dan apabila dia tidak diberikan sesuatu, dia berpada dengan apa yang ada.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 144-145, hadis no. 727. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبدالله بن عمرو رضي الله عنهما: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لمن عنده: ((أي المؤمنين أفضل؟)) قال بعضهم: المؤمن الغني الذي يُعطي فيتصدق. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ليس كذلك، ولكن أفضل المؤمنين إيماناً الذي إذا سُئل أعطى، وإذا لم يُعط اسْتغْنى)). [خط، ((الضعيفة)) (7037)]
(Munkar) Daripada ‘Abdullāh bin ‘Amr RA: Bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada mereka yang berada di sisi baginda: “Siapakah mukmin yang paling baik?”. Sebahagian mereka menjawab: Seorang mukmin yang kaya yang mana dia memberi dan dia bersedekah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Bukan begitu, akan tetapi mukmin yang paling baik imannya ialah seseorang yang apabila diminta sesuatu darinya, dia akan memberi dan apabila dia tidak diberikan sesuatu, dia berpada dengan apa yang ada”. [Riwayat al-Khaṭīb dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7037]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman