TEKS BAHASA ARAB
حديث: المؤمن غر كريم ، والمنافق خب لئيم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Mukmin itu hatinya baik dan mulia, munafiq itu menyembunyikan sesuatu dan buruk.”
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 205, hadis nombor 646. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيث: الْمُؤمن غر كريم، وَالْمُنَافِق خب لئيم. قَالَ الصغاني: مَوْضُوع من أَحَادِيث المصابيح، وَخَطأَهُ عَليّ قاري.
Hadith: “Mukmin itu hatinya baik dan mulia, munafiq itu menyembunyikan sesuatu dan buruk.” al-Saghani berkata: Palsu daripada hadith-hadith al-Masabih. Ali al-Qari mengatakan beliau salah.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.