TEKS BAHASA ARAB
معاذ بن جبل أعلم الأولين والآخرين بعد النبيين والمرسلين، إن الله يباهي به الملائكة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Muaz bin Jabal orang yang paling alim dari golongan yang awal dan terkemudian selepas para nabi dan rasul. Sesungguhnya Allah dan para malaikat bangga dengannya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1805, hadis nombor 9104. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي عبيدة وعبادة بن الصامت قالا: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((معاذ بن جبل أعلم الأولين والآخرين بعد النبيين والمرسلين، إن الله يباهي به الملائكة)). [ك، ((الضعيفة)) (1856)]
(Palsu) Daripada Abu ‘Ubaidah dan ‘Ubadah bin al-Somit berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Muaz bin Jabal orang yang paling alim dari golongan yang awal dan terkemudian selepas para nabi dan rasul. Sesungguhnya Allah dan para malaikat bangga dengannya." [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1856]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.