Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Mu'az bin 'Afra' mengutuskan aku bersama sepinggan kurma matang

Teks Bahasa Arab

بعَثني معاذُ بنُ عفراءَ بقناعٍ من رُطبٍ وعليه أجرٌ من قِثَّاءٍ زُغْبٍ، وكان ﷺ يحبُّ القِثَّاءَ، فأتيتُه وعنده حِلْيَةٌ قد قَدِمَت عليه من البحرين، فملأ يدَه منها، فأعطانِيه.

Teks Bahasa Melayu

Mu'az bin 'Afra' mengutuskan aku bersama sepinggan kurma matang dan padanya juga ada mentimun muda yang berbulu halus. Baginda juga gemar akan mentimun, maka aku bawa kepada baginda. Ketika itu, di sisi baginda ada perhiasan yang sampai daripada Bahrain. Baginda pun mengambil segenggam barang perhiasan tersebut lalu memberikannya kepadaku.

Sahabat Perawi

  1. Al-Rubayyi' binti Mu'awwidz RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 416, hadis no. 2242. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الربيع بنت معوذ بن عفراء - رضي الله عنها -، قالت: «بعَثني معاذُ بنُ عفراءَ بقناعٍ من رُطبٍ وعليه أجرٌ من قِثَّاءٍ زُغْبٍ، وكان ﷺ يحبُّ القِثَّاءَ، فأتيتُه وعنده حِلْيَةٌ قد قَدِمَت عليه من البحرين، فملأ يدَه منها، فأعطانِيه». [ت في «الشمائل»، حم، أبو شيخ في «الأخلاق النبي ﷺ»، «الضعيفة» (5411)].

(Lemah) Daripada al-Rubayyi' binti Mu'awwidz bin 'Afra' RA, beliau berkata: "Mu'az bin 'Afra' mengutuskan aku bersama sepinggan kurma matang dan padanya juga ada mentimun muda yang berbulu halus. Baginda juga gemar akan mentimun, maka aku bawa kepada baginda. Ketika itu, di sisi baginda ada perhiasan yang sampai daripada Bahrain. Baginda pun mengambil segenggam barang perhiasan tersebut lalu memberikannya kepadaku". [Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi dalam al-Syama'il, Imam Ahmad dalam al-Musnad dan Abu al-Shaykh dalam Akhlaq al-Nabi ﷺ. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 5411].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.