Mu‘awiyah bin Abi Sufyan rahimahullah telah mengutuskan aku kepada al-Hasan bin ‘Ali RA agar aku meminang buat Yazid

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يبغضنا ولا يحسدنا أحد إلا ذيد [عن الحوض] يوم القيامة بسياط من نار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seseorang membenci kami dan tidaklah dia dengki terhadap kami melainkan dia akan dihalau [daripada telaga Hawd] pada hari kiamat dengan cemeti daripada api neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 496, hadis nombor 2663. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاوية ابن خديج قال: أرسلني معاوية بن أبي سفيان رحمه الله إلى الحسن بن علي -رضي الله عنهما- أخطب على يزيد بنتا له أو أختا له، فأتيته، فذكرت له يزيد، فقال: إنا قوم لا نزوج نساءنا حتى نستأمرهن، فأتها. فأتيتها، فذكرت لها يزيد، فقالت: والله لا يكون ذاك حتى يسير فينا صاحبك كما سار فرعون في بني إسرائيل، يذبح أبناءهم، ويستحيي نساءهم! فرجعت إلى الحسن، فقلت: أرسلتني إلى فِلْقَةٍ من الفِلَقِ! تسمي أمير المؤمنين فرعون! فقال: يا معاوية! إياك وبغضنا؛ فإن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((لا يبغضنا ولا يحسدنا أحد إلا ذيد [عن الحوض] يوم القيامة بسياط من نار)). [طب، ((الضعيفة)) (4918)].

(Palsu)
Daripada Mu‘awiyah Ibn Khudaij, dia berkata: Mu‘awiyah bin Abi Sufyan rahimahullah telah mengutuskan aku kepada al-Hasan bin ‘Ali RA agar aku meminang buat Yazid anak perempuannya atau saudara perempuannya, lalu saya pergi menemuinya lalu aku sebutkan kepadanya nama Yazid, lalu dia (al-Hasan bin ‘Ali) berkata: “Sesungguhnya kami adalah satu kaum yang tidak akan menikahkan perempuan-perempuan kami sehinggalah kami berunding dengan mereka (yakni dengan wanita tersebut), maka pergilah bertemu dengannya”. Lalu aku pun bertemu dengannya dan aku sebutkan Yazid kepadanya, lalu dia berkata: Demi Allah! Tidak akan berlaku perkara itu sehinggalah sahabatmu berjalan dalam kalangan kami seperti fir‘aun berjalan dalam kalangan Bani Israil. Dia menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup wanita-wanita mereka! Maka aku kembali kepada al-Hasan lalu aku berkata: Kamu telah mengutuskan aku kepada sebahagian daripada malapetaka! Dia menggelar Amir al-Mukminin sebagai fir‘aun. Lalu al-Hasan berkata: Wahai Mu‘awiyah! Berhati-hatilah kamu dengan kemarahan terhadap kami, kerana sesungguhnya Rasulullah salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda: Tidaklah seseorang membenci kami dan tidaklah dia dengki terhadap kami melainkan dia akan dihalau [daripada telaga Hawd] pada hari kiamat dengan cemeti daripada api neraka.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4918].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.