Mu’awiyah bin Abi Sufyan -moga Allah merahmatinya- telah mengutuskan aku kepada al-Hasan bin ‘Ali RA

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أرسِلني معاوية بن أبي سفيان رحمه الله إلى الحسن بن علي – رضي الله عنهم – أخطبُ على يزيد بنتاً له أو أختاً له، فأتيته، فذكرت له يزيد، فقال: إنا قوم لا نُزَوِّجَ نساءَنا حتى نستأمرهن، فأتِها. فأتيتها، فذكرت لها يزيد، فقالت: والله لا يكون ذاك حتى يسير فينا صاحبك كما سار فرعون في بني إسرائيل، يذبح أبناءهم، ويستحيي نساءهم! فرجعت إلى الحسن، فقلت: أرسلتني إلى فِلْقَةٍ من الفِلَق! تسمي أمير المؤمنين فرعون! فقال: يا معاوية! إياك وبُغْضَنا؛ فإنّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((لا يُبْغِضُنا ولا يُحسُدُنا أحدٌ إلا ذيكَ عن الحَوْضِ يومَ القيامةِ بسِياطٍ من النّار))

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mu’awiyah bin Abi Sufyan -moga Allah merahmatinya- telah mengutuskan aku kepada al-Hasan bin ‘Ali RA untuk meminang Yazid dengan anak perempuan atau adik beradik perempuan al-Hasan. Oleh itu, aku pun pergi bertemu al-Hasan dan memperkenalkan Yazid kepadanya. Maka al-Hasan berkata: "Sesungguhnya kami adalah kaum yang tidak mengahwinkan perempuan-perempuan kami sehinggalah kami berbincang bersama mereka. Maka, pergilah berbincang dengan perempuan yang kamu hendak jadikan pinangan Yazid itu." Kemudian aku bertemu perempuan tersebut lalu memperkenalkan Yazid kepadanya. Kemudian perempuan itu berkata: "Demi Allah, pertunangan ini tidak akan berlaku walaupun orang yang mengutusmu itu datang kepada kami sepertimana Firaun datang ke bani Israel lalu menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan anak-anak perempuan mereka hidup!" Kemudian aku kembali kepada al-Hasan dan berkata: "Engkau telah menghantarku kepada musibah. Dia panggil Amir al-Mukminin sebagai Firaun!" Lalu al-Hasan berkata: "Wahai Mu’awiyah! Berhati-hati dengan kebencian terhadap kami. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: "Tiada yang membenci dan berasa iri kepada kami melainkan di akhirat kelak dia akan dijauhkan daripada telaga dengan cambuk daripada neraka.”

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1882, hadis nombor 9483. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن معاوية بن خدَيْجٍ رضي الله عنه، قال: أرسِلني معاوية بن أبي سفيان رحمه الله إلى الحسن بن علي – رضي الله عنهم – أخطبُ على يزيد بنتاً له أو أختاً له، فأتيته، فذكرت له يزيد، فقال: إنا قوم لا نُزَوِّجَ نساءَنا حتى نستأمرهن، فأتِها. فأتيتها، فذكرت لها يزيد، فقالت: والله لا يكون ذاك حتى يسير فينا صاحبك كما سار فرعون في بني إسرائيل، يذبح أبناءهم، ويستحيي نساءهم! فرجعت إلى الحسن، فقلت: أرسلتني إلى فِلْقَةٍ من الفِلَق! تسمي أمير المؤمنين فرعون! فقال: يا معاوية! إياك وبُغْضَنا؛ فإنّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((لا يُبْغِضُنا ولا يُحسُدُنا أحدٌ إلا ذيكَ عن الحَوْضِ يومَ القيامةِ بسِياطٍ من النّار)). [ طب، (الضعيفة) (4918)]

(Sangat lemah) Daripada Mu’awiyah bin Khudayj RA, katanya: “Mu’awiyah bin Abi Sufyan -moga Allah merahmatinya- telah mengutuskan aku kepada al-Hasan bin ‘Ali RA untuk meminang Yazid dengan anak perempuan atau adik beradik perempuan al-Hasan. Oleh itu, aku pun pergi bertemu al-Hasan dan memperkenalkan Yazid kepadanya. Maka al-Hasan berkata: "Sesungguhnya kami adalah kaum yang tidak mengahwinkan perempuan-perempuan kami sehinggalah kami berbincang bersama mereka. Maka, pergilah berbincang dengan perempuan yang kamu hendak jadikan pinangan Yazid itu." Kemudian aku bertemu perempuan tersebut lalu memperkenalkan Yazid kepadanya. Kemudian perempuan itu berkata: "Demi Allah, pertunangan ini tidak akan berlaku walaupun orang yang mengutusmu itu datang kepada kami sepertimana Firaun datang ke bani Israel lalu menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan anak-anak perempuan mereka hidup!" Kemudian aku kembali kepada al-Hasan dan berkata: "Engkau telah menghantarku kepada musibah. Dia panggil Amir al-Mukminin sebagai Firaun!" Lalu al-Hasan berkata: "Wahai Mu’awiyah! Berhati-hati dengan kebencian terhadap kami. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: "Tiada yang membenci dan berasa iri kepada kami melainkan di akhirat kelak dia akan dijauhkan daripada telaga dengan cambuk daripada neraka.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4918]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.