TEKS BAHASA ARAB
حديث: يبعث معاوية يوم القيامة وعليه رداء من نور الإيمان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Muawiyah akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan dia memakai pakaian daripada cahaya iman.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 406, hadis nombor 154. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حبان عن حذيفة مرفوعا. وقال: موضوع، وفي إسناده: جعفر ابن محمد الأنطاكي، يروى الموضوعات.
Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Huzaifah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Palsu. Pada sanadnya terdapat Jaafar bin Muhammad al-Antaki, seorang yang meriwayatkan hadith-hadith yang palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.