Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Muawiyah akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan dia memakai pakaian daripada cahaya iman

Teks Bahasa Arab

حديث: يُبْعَثُ مُعَاوِيَةُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَعَلَيْهِ رِدَاءٌ مِنْ نُورِ الإِيمَانِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Muawiyah akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan dia memakai pakaian daripada cahaya iman.

Sahabat Perawi

  1. Huzaifah bin al-Yaman RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 406, hadis no. 154. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن حذيفة مرفوعا. وقال: موضوع، وفي إسناده: جعفر ابن محمد الأنطاكي، يروى الموضوعات.

Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Huzaifah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Palsu. Pada sanadnya terdapat Jaafar bin Muhammad al-Antaki, seorang yang meriwayatkan hadith-hadith yang palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.