Mu’adz bin Jabal RA bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah maksud firman Allah: ﴾يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ فَتَأْتُونَ أَفْوَاجًا﴿

TEKS BAHASA ARAB

إن معاذ بن جبل -رضي الله عنه-، قال: يا رسول الله! ما قول الله: ﴿يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ فَتَأْتُونَ أَفْوَاجًا﴾ فقال: يا معاذ! سألت عن أمر عظيم. ثم أرسل عينيه ثم قال: عشرة أصناف قد ميزهم الله من جماعة المسلمين، وبدل صورهم، فبعضهم على صورة القردة، وبعضهم على صورة الخنازير، وبعضهم منكبين، أرجلهم فوق، ووجوههم أسفل يسحبون عليها، وبعضهم عمي يترددون، وبعضهم صم بكم لا يعقلون، وبعضهم يمضغون ألسنتهم وهي مدلاة على صدورهم، يسيل القيح من أفواههم لعابا، يقذرهم أهل الجمع، وبعضهم مقطعة أيديهم وأرجلهم، وبعضهم مصلوبون على جذوع من نار، وبعضهم أشد نتنا من الجيف، وبعضهم يلبسون جبابا سابغات من قطران لازقة بجلودهم. فأما الذين على صورة القردة فالقتات من الناس… (الحديث، إلى أن قال:) والذين يلبسون الجباب فأهل الكبر والخيلاء والفخر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mu’adz bin Jabal RA bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah maksud firman Allah: ﴾يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ فَتَأْتُونَ أَفْوَاجًا﴿ Baginda menjawab: Wahai Mu’adz! Kamu bertanya tentang suatu perkara yang agung. Kemudian Baginda mengalirkan air mata lalu berkata: Sepuluh golongan daripada kalangan kaum muslimin yang Allah memberi balasan khusus dan mengubah rupa mereka. Sebahagian mereka berupa kera, sebahagian mereka berupa khinzir. Sebahagian mereka bergerak dengan meniarap: Kaki mereka di atas sedangkan wajah mereka di bawah, mereka diheret dengan muka mereka. Sebahagian mereka menjadi buta kebingungan, sebahagian mereka menjadi pekak dan bisu, tidak mampu berfikir. Sebahagian mereka mengunyah lidah mereka yang terjelir hingga paras dada, dalam keadaan nanah mengalir keluar dari mulut mereka seperti air liur hingga mencemarkan orang. Sebahagian mereka terpotong tangan dan kaki, sebahagian mereka disalib pada batang pokok dari neraka. Sebahagian mereka mengeluarkan bau yang amat busuk kerana mereput, sebahagian mereka memakai pakaian labuh daripada tar yang melekat dengan kulit mereka. Golongan yang berupa kera, mereka adalah golongan yang suka mengadu domba… (hingga akhir hadith, yang mana Baginda bersabda) Adapun mereka yang memakai pakaian labuh itu, mereka ialah golongan yang sombong dan bongkak.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2055, hadis nombor 10335. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن البراء بن عازب -رضي الله عنه-، قال: إن معاذ بن جبل -رضي الله عنه-، قال: يا رسول الله! ما قول الله: ﴿يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ فَتَأْتُونَ أَفْوَاجًا﴾ فقال: يَا معاذُ! سألتَ عن أمرٍ عظيمٍ. ثم أَرْسَلَ عَيْنَيْهِ ثم قال: عَشَرَةُ أصنافٍ قَد مَيَّزَهُم اللهُ من جماعةِ المسلمينَ، وبدَّلَ صُوَرَهم، فبعضُهم عَلَى صُورَةِ القِرَدَةِ، وبعضُهم عَلَى صُورَة الخنازيرِ، وَبَعْضهُم مُنْكَبِّيْنَ، أَرْجُلُهِم فَوْقُ، وَوُجُوهُهم أَسْفَلُ يُسْحَبُون عَلَيْهَا، وَبَعْضهُم عُميٌ يَتَرَدَّدُون، وَبَعْضهُم صُمٌ بُكْمٌ لَا يَعْقِلُون، وَبَعْضهُم يَمْضَغون أَلْسِنَتَهُم وَهِي مُدلَاةٌ عَلَى صُدُورهُم، يَسِيلُ الْقَيْحُ من أَفْوَاهِهم لُعَاباً، يقذَرُهُم أَهلُ الْجَمْعِ، وَبَعْضهم مُقَطَّعَةٌ أَيْديهم وَأَرْجُلهم، وَبَعْضهم مصلوبون عَلَى جُذَوعٍ من نَارٍ، وَبَعْضهم أَشَدُّ نَتَنَاً من الْجِيَفِ، وَبَعضهُم يَلْبَسُون جِباباً سَابِغَاتٍ من قَطِرَانٍ لازِقَةً بجلودِهم. فَأَمَّا الذِين عَلَى صُورَةِ الْقِرَدَةِ فالقَتَّاتُ من النَّاسِ.. (الحديثَ، إلى أن قال:) والذِين يَلْبَسُون الجِبابَ فأَهلُ الْكِبْرِ وَالْخُيَلَاءِ وَالْفَخْرِ.
[أورده السيوطي في ((الدر المنثور))، والزيلعي في ((تخريج أحاديث الكشاف))، ((الضعيفة)) (6444)] [أورده السيوطي في ((الدر المنثور))، والزيلعي في ((تخريج أحاديث الكشاف))، ((الضعيفة)) (6444)]

(Palsu)
Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA, beliau berkata: Mu’adz bin Jabal RA bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah maksud firman Allah: ﴾يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ فَتَأْتُونَ أَفْوَاجًا﴿ Baginda menjawab: Wahai Mu’adz! Kamu bertanya tentang suatu perkara yang agung. Kemudian Baginda mengalirkan air mata lalu berkata: Sepuluh golongan daripada kalangan kaum muslimin yang Allah memberi balasan khusus dan mengubah rupa mereka. Sebahagian mereka berupa kera, sebahagian mereka berupa khinzir. Sebahagian mereka bergerak dengan meniarap: Kaki mereka di atas sedangkan wajah mereka di bawah, mereka diheret dengan muka mereka. Sebahagian mereka menjadi buta kebingungan, sebahagian mereka menjadi pekak dan bisu, tidak mampu berfikir. Sebahagian mereka mengunyah lidah mereka yang terjelir hingga paras dada, dalam keadaan nanah mengalir keluar dari mulut mereka seperti air liur hingga mencemarkan orang. Sebahagian mereka terpotong tangan dan kaki, sebahagian mereka disalib pada batang pokok dari neraka. Sebahagian mereka mengeluarkan bau yang amat busuk kerana mereput, sebahagian mereka memakai pakaian labuh daripada tar yang melekat dengan kulit mereka. Golongan yang berupa kera, mereka adalah golongan yang suka mengadu domba… (hingga akhir hadith, yang mana Baginda bersabda) Adapun mereka yang memakai pakaian labuh itu, mereka ialah golongan yang sombong dan bongkak.
[Dinukilkan oleh al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur dan al-Zaila’i dalam Takhrij Ahadith al-Kasysyaf. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6444]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs