Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ خَالِدِ بْنِ حَيَّانَ الرَّقِّيُّ، ثنا عَمْرُو بْنُ بَكْرٍ السَّكْسَكِيُّ، ثنا مُجَاشِعُ بْنُ عَمْرٍو الْأَسَدِيُّ، ثنا اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ، عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ بْنِ قَتَادَةَ، عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ، عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ، أَنَّهُ مَاتَ ابْنٌ لَهُ فَكَتَبَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَزِّيهِ بِابْنِهِ فَكَتَبَ إِلَيْهِ: بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، مِنْ مُحَمَّدٍ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ، سَلَامٌ عَلَيْكَ، فَإِنِّي أَحْمَدُ إِلَيْكَ اللهَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ. أَمَّا بَعْدُ، فَأَعْظَمَ اللهُ لَكَ الْأَجْرَ، وأَلْهَمَكَ الصَّبْرَ، وَرَزَقَنَا وَإِيَّاكَ الشُّكْرَ.
Teks Bahasa Melayu
Aḥmad bin Yaḥyā bin Khālid bin Ḥayān al-Raqī telah menceritakan kepada kami, ‘Amr bin Bakr al-Saksakī telah menceritakan kepada kami, Mujāshi‘ bin ‘Amr al-Asadī telah menceritakan kepada kami, al-Layth bin Sa‘d telah menceritakan kepada kami, daripada ‘Āṣim bin ‘Umar bin Qatādah, daripada Maḥmūd bin Labīd, daripada Mu‘ādh bin Jabal r.a sesungguhnya Mu‘ādh bin Jabal kematian anaknya maka Rasulullah s.a.w mengutuskan ucapan takziah kepadanya. Maka dituliskan kepadanya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, daripada Muḥammad Rasulullah s.a.w kepada Muādh bin Jabal, salam sejahtera kepadamu, sesungguhnya aku memanjatkan setinggi-tinggi pujian kepadaMu Allah yang tiada lagi Tuhan selainNya. Semoga Allah memperbanyakkan pahala kepada kamu, mengilhamkan kamu dengan kesabaran serta merezekikan kepadamu kerahmatan.
Sahabat Perawi
- Muaz bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai (Penyelia Dr. Faisal Ahmad Shah)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini merupakan salah satu hadis kajian Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai yang diselia oleh Dr. Faisal Ahmad Shah dalam Disertasi Universiti Malaya bertajuk Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan, di halaman 69, hadis no. 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Diriwayatkan al-Ṭabrānī dalam al-Kabīr, al-Awsaṭ, al-Du‘ā’ dan daripadanya Abū Nu‘aim dalam al-Ḥilyah, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak melalui jalan Mujāshi‘ bin ‘Amr al-Asadī daripada al-Layth bin Sa‘d daripada ‘Āṣim bin ‘Umar bin Qatādah daripada Maḥmūd bin Labīd daripada Mu‘ādh bin Jabal. Ibn al-Jawzī memuatkan hadith ini dalam al-Mawḍū‘āt daripada Mujāshi‘. Menurut Ibn Ḥibbān, Mujāshi‘ adalah pemalsu hadith dan tiadalah sebutan mengenainya melainkan dengan celaan dan setiap periwayatan ini adalah batil. Al-Albānī menghukumkannya sebagai palsu. Hadith ini adalah palsu kerana terdapatnya pemalsu hadith bernama Mujāshi‘.
Rujukan
Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai. (2020). Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan. Universiti Malaya.
Makluman