Mohonlah pertolongan (kuat berpuasa) dengan makan sahur

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

استعينوا بطعام السحر على صيام النهار، وبالقيلولة على قيام الليل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mohonlah pertolongan (kuat berpuasa) dengan makan sahur untuk berpuasa di siang hari, dan carilah pertolongan dengan qailulah (tidur di siang hari) untuk melakukan qiyamullail.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 264, hadis nombor 1374. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((اسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ وَبِالْقَيْلُولَةِ عَلَى قِيَامِ اللَّيْل)). [ه، ابن نصر في ((قيام الليل))، طب، ابن خزيمة، خالد بن مرادس في ((حديثه))، المخلص في ((فوائد المنتقاة))، هب، عد، ك، ابن النجار في ((ذيل تاريخ بغداد))، ((الضعيفة)) (2758)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mohonlah pertolongan (kuat berpuasa) dengan makan sahur untuk berpuasa di siang hari, dan carilah pertolongan dengan qailulah (tidur di siang hari) untuk melakukan qiyamullail.
[Riwayat Ibn Majah dalam beliau, Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Khuzaymah, Khalid bin Muradis dalam hadith beliau, al-Mukhallis dalam al-Fawa’id al-Muntaqah, al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, al-Hakim dalam Mustadrak beliau dan Ibn al-Najjar dalam Dzayl Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2758]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.