Mohonlah perlindungan dengan Allah SWT daripada tiga keburukan

TEKS BAHASA ARAB

تعوذوا بالله من ثلاث فواقر: جار سوء إن رأى خيراً كتمه، وإن رأى شراً أذاعه، وزوجة سوء إن دخلت عليها لسنتك، وإن غبت عنها خانتك، وإمام سوء إن أحسنت لم يقبل، وإن أسأت لم يغفر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mohonlah perlindungan dengan Allah SWT daripada tiga keburukan: Jiran jahat yang jika melihat kebaikan, dia akan menyembunyikannya dan apabila melihat keburukan dia akan menceritakannya. Isteri jahat sekiranya kamu datang kepadanya dia akan patuh kepada kamu dan sekiranya kamu hilang daripadanya, dia akan mengkhianati kamu. Serta pemerintah jahat yang sekiranya kamu berbuat baik dia tidak menerimanya dan sekiranya kamu buat kesalahan dia tidak memaafkan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 54, hadis nombor 227. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((تعوذوا بالله من ثلاث فواقر: جار سوء إن رأى خيراً كتمه، وإن رأى شراً أذاعه، وزوجة سوء إن دخلت عليها لسنتك، وإن غبت عنها خانتك، وإمام سوء إن أحسنت لم يقبل، وإن أسأت لم يغفر)). [تخ، هب، فر، الذهبي في ((الميزان))، ((الضعيفة)) (3412)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW) : ((Mohonlah perlindungan dengan Allah SWT daripada tiga keburukan: Jiran jahat yang jika melihat kebaikan, dia akan menyembunyikannya dan apabila melihat keburukan dia akan menceritakannya. Isteri jahat sekiranya kamu datang kepadanya dia akan patuh kepada kamu dan sekiranya kamu hilang daripadanya, dia akan mengkhianati kamu. Serta pemerintah jahat yang sekiranya kamu berbuat baik dia tidak menerimanya dan sekiranya kamu buat kesalahan dia tidak memaafkan.))
[Riwayat al-Bukhārī dalam Tārikh al-Kabīr, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-īmān, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws, dan al-Dhahabī dalam al-Mīzān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3412].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.