Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تعوذوا بالله من جب الحزن، أو وادي الحزن. قيل: يا رسول الله! وما جب الحزن أو وادي الحزن؟ قال: واد في جهنم، تعوذ منه جهنم كل يوم سبعين مرة، أعده الله للقراء المرائين، وإن من شرار القراء من يزور الأمراء
Teks Bahasa Melayu
Mohonlah perlindungan dengan Allah daripada Jub al-Hazan atau wadi al-Hazan! Baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu Jub al-Hazan atau wadi al-Hazan? Baginda menjawab: Satu lembah di dalam Jahannam. Jahannam meminta perlindungan dengan Allah daripadanya setiap hari 70 kali, Allah sediakannya untuk pembaca al-Quran yang riak dan sesungguhnya seburuk-buruk pembaca al-Quran adalah yang menziarahi para pemerintah.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1698, hadis no. 8555. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil dan Tamam
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman