Mohonlah kepada Allah SWT supaya dikurniakan syurga Firdaus

TEKS BAHASA ARAB

سلوا الله الفردوس؛ فإنها سرة الجنة، وإن أهل الفردوس يسمعون أطيط العرش.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mohonlah kepada Allah SWT (supaya dikurniakan) syurga Firdaus, kerana ia adalah pusat syurga (tempat tumpuan di dalam syurga), dan ahli syurga Firdaus dapat mendengar derapan kaki dari Arasy.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 475, hadis nombor 2547. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((سلوا الله الفردوس؛ فإنها سرة الجنة، وإن أهل الفردوس يسمعون أطيط العرش)). [أبو الفرج الإسفراييني في ((جزء أحاديث يغنم بن سالم))، ((الضعيفة)) (3705)]

(Lemah)
Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mohonlah kepada Allah SWT (supaya dikurniakan) syurga Firdaus, kerana ia adalah pusat syurga (tempat tumpuan di dalam syurga), dan ahli syurga Firdaus dapat mendengar derapan kaki dari Arasy.
[Riwayat Abu al-Farj al-Isfarayini dalam Juz’ Ahadis Yughnim bin Salim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3705]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs