Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سلوا اللهَ الفِرْدَوْسَ ؛ فإنها سُرَّةُ الجنةِ، وإنَّ أهلَ الفردوْسِ يسمعونَ أطيطَ العرشِ.
Teks Bahasa Melayu
Mohonlah kepada Allah SWT (supaya dikurniakan) syurga Firdaus, kerana ia adalah pusat syurga (tempat tumpuan di dalam syurga), dan ahli syurga Firdaus mendengar derapan kaki dari Arasy.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 475, hadis no. 2547.
(ضعيف) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((سلوا الله الفردوس؛ فإنها سرة الجنة، وإن أهل الفردوس يسمعون أطيط العرش)). [أبو الفرج الإسفرائيني في ((جزء أحاديث يغنم بن سالم))، ((الضعيفة)) (3705)]
(Lemah) Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mohonlah kepada Allah SWT (supaya dikurniakan) syurga Firdaus, kerana ia adalah pusat syurga (tempat tumpuan di dalam syurga), dan ahli syurga Firdaus mendengar derapan kaki dari Arasy. [Riwayat Abu al-Farj al-Isfarai'ni dalam Juzu’ Ahadis Yu’nim bin Salim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3705]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman