Moga Allah rahmati al-Ansar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

رحم الله الأنصار، وأبناء الأنصار، وأبناء أبناء الأنصار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Moga Allah rahmati al-Ansar, anak-anak al-Ansar dan cucu-cucu al-Ansar.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1838, hadis nombor 9270. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عمرو بن عوف -رضي الله عنه- مرفوعا: رحم الله الأنصار، وأبناء الأنصار، وأبناء أبناء الأنصار. [ه، (الضعيفة) (3640)].

(Sangat Lemah) Daripada ‘Amru bin ‘Auf RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Moga Allah rahmati al-Ansar, anak-anak al-Ansar dan cucu-cucu al-Ansar." [Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3640]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.