Moga Allah rahmati Abdullah bin Rawahah

TEKS BAHASA ARAB

رحم الله عبدالله بن رواحة. كان ينزل في السفر عند كل وقت صلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Moga Allah rahmati Abdullah bin Rawahah. Dia sentiasa berhenti ketika permusafiran pada setiap waktu solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1839, hadis nombor 9271. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سالم بن عبدالله، قال: قال رسول الله ﷺ: رحم الله عبدالله بن رواحة. كان ينزل في السفر عند كل وقت صلاة. [عبدالرزاق في (الأمالي)، (الضعيفة) (3635)].

(Lemah) Daripada Salim bin Abdullah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Moga Allah rahmati Abdullah bin Rawahah. Dia sentiasa berhenti ketika permusafiran pada setiap waktu solat." [Riwayat Abd al-Razzaq dalam al-Amali. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3635]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.