Moga Allah panjangkan umurmu bagi tempoh yang panjang

TEKS BAHASA ARAB

مد الله في عمرك مدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Moga Allah panjangkan umurmu bagi tempoh yang panjang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 238, hadis nombor 440. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومن الأحاديث الموضوعة بإسناد واحد: أحاديث الشيخ المعروف بابن أبي الدنيا، وهو الذي يزعمون أنه أدرك عليا، وعمر طويلا، وأخذ بركابه، فركب وأصابه ركابه فشجه، فقال: مد الله في عمرك مدا.

Dan antara hadis-hadis palsu dengan satu sanad, hadis-hadis syeikh yang dikenali sebagai Ibn Abi Dunya, dan dialah yang mendakwa bahawa dia sempat bertemu Ali dan dia telah panjang umur dan dia telah mendapatkan tunggangannya lalu menunggangnya, dan tunggangannya telah melanggarnya lalu mencederakannya lalu dia berkata: Moga Allah panjangkan umurmu dengan tempoh yang panjang.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs