Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَدَّ الله فِي عمرك مدا.
Teks Bahasa Melayu
Moga Allah panjangkan umurmu bagi tempoh yang panjang.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 238, hadis no. 440. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dan antara hadis-hadis palsu dengan satu sanad, hadis-hadis syeikh yang dikenali sebagai Ibn Abi Dunya, dan dialah yang mendakwa bahawa dia sempat bertemu Ali dan dia telah panjang umur dan dia telah mendapatkan tunggangannya lalu menunggangnya, dan tunggangannya telah melanggarnya lalu mencederakannya lalu dia berkata: Moga Allah panjangkan umurmu dengan tempoh yang panjang.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman