Mizr (sejenis arak) itu kesemuanya haram

TEKS BAHASA ARAB

المزر كله حرام: أبيضه، وأحمره، وأسوده، وأخضره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mizr (sejenis arak) itu kesemuanya haram: yang putih, yang merah, yang hitam dan yang hijau.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 411, hadis nombor 2213. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن مجاهد أن رجلاً كوفياً سأل ابن عباس عن نبيذ الجر؟ فوضع ابن عباس إصبعيه في أذنيه؛ وقال: صمتا إن كذبت على رسول الله ﷺ، سمعته يقول: «المِزْرُ كلُّه حرامٌ: أبيضُه، وأحمرُه، وأسودُه، وأخضرُه». [طب، «الضعيفة» (4675)].

(Lemah) Daripada Mujahid bahawa seorang lelaki Kufah telah bertanya Ibn ‘Abbas RA mengenai air nabidz tembikar (sejenis arak). Lalu Ibn ‘Abbas meletakkan kedua-dua jarinya di kedua-dua telinga lelaki itu dan berkata: "Semoga pekak kedua-keduanya (telinga) sekiranya aku berdusta ke atas Rasulullah ﷺ. Aku telah mendengar Baginda ﷺ bersabda: "Mizr (sejenis arak) itu kesemuanya haram: yang putih, yang merah, yang hitam dan yang hijau". [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4675].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs