Minumlah, sesungguhnya keberkatan terletak pada orang yang paling tua dari kalangan kita

TEKS BAHASA ARAB

اشرب، فإن البركة في أكابرنا، فمن لم يرحم صغيرنا ويجل كبيرنا فليس منا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Minumlah, sesungguhnya keberkatan terletak pada orang yang paling tua dari kalangan kita. Sesiapa yang tidak menyayangi orang yang muda serta tidak memuliakan orang yang tua maka dia bukan dari kalangan kami.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 143, hadis nombor 717. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: بينا رسول الله صلى الله عليه وسلم ومعه أبو بكر وعمر وأبو عبيدة بن الجراح رضي الله عنهم في نفر من أصحابه إذ أُتي بقدح فيه شراب، فناوله رسول الله صلى الله عليه وسلم أبا عبيدة، فقال أبو عبيدة: أنت أولى به يا نبي الله! قال: ((خذ)) فأخذ أبو عبيدة القدح ثم قال له قبل أن يشرب: خذ يا نبي الله، قال نبي الله صلى الله عليه وسلم: ((اشرب، فإن البركة في أكابرنا، فمن لم يرحم صغيرنا ويجل كبيرنا فليس منا)). [طب، ((الضعيفة)) (7152)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abū Umāmah RA, beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama dengan Abū Bakr, ‘Umar dan Abū ‘Ubaydah al-Jarrāḥ RA dalam satu kumpulan sahabat baginda, tiba-tiba dibawakan satu bekas yang berisi minuman, maka Rasulullah SAW memberikannya kepada Abū ‘Ubaydah. Lalu Abū ‘Ubaydah berkata: Kamu lebih utama untuknya wahai Nabi Allah! Baginda berkata: “Ambillah!” Lalu Abū ‘Ubaydah mengambil bekas itu. Kemudian beliau berkata kepada baginda sebelum meminumnya: Ambillah wahai Nabi Allah. Nabi SAW bersabda: Minumlah, sesungguhnya keberkatan terletak pada orang yang paling tua dari kalangan kita. Sesiapa yang tidak menyayangi orang yang muda serta tidak memuliakan orang yang tua maka dia bukan dari kalangan kami.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7152]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs