Minumlah sebelum makan

TEKS BAHASA ARAB

 اشْرَبُوا عَلَى الطَّعَامِ تَشْبَعُوا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Minumlah sebelum makan, nescaya kalian akan kenyang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Antara lain adalah hadis:
اشْرَبُوا عَلَى الطَّعَامِ تَشْبَعُوا
“Minumlah sebelum makan, nescaya kalian akan kenyang.”

Sesungguhnya minum sebelum makan adalah memudaratkan, dan akan menghalang makanan berada di perut serta melambatkan proses pencernaan.

Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika: "Direkodkan oleh Ibnu Hibban di dalam al-Majruhin: 2/21."

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon