Minumlah madu, maka demi jiwaku di tangan-Nya, tiada rumah yang terdapat padanya madu melainkan Malaikat akan memohon keampunan untuknya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: عليك بالعسل فوالذي نفسي بيده ما من بيت فيه عسل إلا وتستغفر ملائكة البيت له فإن شربه رجل دخل جوفه ألف دواء وخرج منه ألف داء فإن مات وهو في جوفه لم تمس النار جلده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ambillah madu, demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, tiada rumah yang terdapat madu dalamnya melainkan para malaikat yang menjaga rumah akan memohon keampunan untuk penghuni rumah tersebut. Jika seorang lelaki minum madu, seribu penawar masuk ke dalam perutnya dan keluar seribu penyakit daripada perutnya. Sekiranya dia meninggal dunia dalam keadaan madu tersebut berada dalam perutnya, kulitnya tidak akan disentuh api neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 179, hadis nombor 59. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الإسماعيلي في معجمه عن سلمان مرفوعا وقال: منكر جدا. وقال ابن الجوزي: موضوع جمهور رواته مجاهيل.

Al-Ismailiyy meriwayatkannya dalam mu’jamnya daripada Salman secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), dan dia (al-Ismailiyy) berkata: Hadith ini munkar jiddan (terlalu daif sangat).
Ibn al-Jauzi berkata: Palsu, majoriti perawinya tidak dikenali.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs