Minumlah, kerana sesungguhnya keberkatan itu ada pada yang berusia dalam kalangan kita

TEKS BAHASA ARAB

اشرب فإن البركة في أكابرنا، فمن لم يرحم صغيرنا، ويجل كبيرنا؛ فليس منا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Minumlah, kerana sesungguhnya keberkatan itu ada pada yang berusia dalam kalangan kita. Sesiapa yang tidak menyayangi yang muda serta memuliakan yang berusia dalam kalangan kita, maka dia bukanlah sebahagian daripada kalangan kami.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 433, hadis nombor 2331. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: بينا رسول الله ﷺ ومعه أبو بكر وعمر وأبو عبيدة بن الجراح – رضي الله عنهم – في نفر من أصحابه، إذ أتي بقدح فيه شراب، فناوله رسول الله ﷺ أبا عبيدة، فقال أبو عبيدة: أنت أولى به يا نبي الله! قال: «خذ» فأخذ أبو عبيدة القدح، ثم قال له قبل أن يشرب: خذ يا نبي الله! قال نبي الله ﷺ: «اشرب فإن البركة في أكابرنا، فمن لم يرحم صغيرنا، ويجل كبيرنا؛ فليس منا». [طب، «الضعيفة» (7152)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Ketika Rasulullah ﷺ ada bersama dengan Abu Bakr, ‘Umar dan Abu Ubaydah bin al-Jarrah RA serta beberapa sahabat Baginda yang lain, tiba-tiba dibawakan kepada Baginda ﷺ sebuah bekas yang berisi minuman. Maka Baginda ﷺ menghulurkannya kepada Abu Ubaydah RA, lalu Abu Ubaydah RA berkata: “Kamu lebih utama dengannya wahai Nabi Allah!” Baginda ﷺ bersabda: “Ambillah.” Maka Abu Ubaydah RA pun mengambil bekas itu. Kemudian beliau berkata kepada Baginda sebelum beliau minum: “Ambillah, wahai Nabi Allah.” Nabi Allah ﷺ bersabda: “Minumlah, kerana sesungguhnya keberkatan itu ada pada yang berusia dalam kalangan kita. Sesiapa yang tidak menyayangi yang muda serta memuliakan yang berusia dalam kalangan kita, maka dia bukanlah sebahagian daripada kalangan kami”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah no. 7152].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs