Minumlah, kerana keberkatan itu ada pada orang yang tua dalam kalangan kita

TEKS BAHASA ARAB

اشرب فإن البركة في أكابرنا فمن لم يرحم صغيرنا ويجل كبيرنا فليس منا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Minumlah, kerana keberkatan itu ada pada orang yang tua dalam kalangan kita. Barangsiapa yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak memuliakan orang tua dalam kalangan kami, maka dia bukan daripada kalangan kami.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1102, hadis nombor 5583. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة قال: بينا رسول الله صلى الله عليه وسلم ومعه أبو بكر وعمر وأبو عبيدة بن الجراح رضي الله عنهم في نفر من أصحابه إذ أُتي بقدح فيه شراب فناوله رسول الله صلى الله عليه وسلم أبا عبيدة فقال أبو عبيدة: أنت أولى به يا نبي الله قال: خذ. فأخذ أبو عبيدة القدح ثم قال له قبل أن يشرب: خذ يا نبي الله قال نبي الله صلى الله عليه وسلم: اشرب فإن البركة في أكابرنا فمن لم يرحم صغيرنا ويجل كبيرنا فليس منا. [طب، الضعيفة (7152)].

(Sangat lemah) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Ketika kami bersama Rasulullah SAW, Abu Bakar, ‘Umar, Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah RA dan sekelompok para sahabat Baginda yang lain juga ada bersama. Tiba-tiba ada sebekas minuman dihulurkan kepada Nabi SAW. Baginda segera menghulurkannya kepada Abu ‘Ubaidah, namun Abu ‘Ubaidah menjawab: Kamu lebih utama untuk minum dahulu, wahai Nabi Allah. Baginda tetap berkata: Ambillah.
Maka Abu ‘Ubaidah pun mengambilnya. Sebelum beliau meneguknya, beliau berkata: Ambillah air ini, wahai Nabi Allah. Nabi SAW bersabda: Minumlah, kerana keberkatan itu ada pada orang yang tua dalam kalangan kita. Barangsiapa yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak memuliakan orang tua dalam kalangan kami, maka dia bukan daripada kalangan kami. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7152].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs