Minuman yang terbaik ialah yang manis lagi sejuk

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أطيب الشراب الحلو البارد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Minuman yang terbaik ialah yang manis lagi sejuk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 398, hadis nombor 2126. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الزهري؛ أن النبي ﷺ سئل: أي الشراب أطيب؟ قال: «الحلو البارد». [ت، عد، «الضعيفة» (2816)].

(Lemah) Daripada al-Zuhri, bahawa Nabi ﷺ ditanya: "Apakah minuman yang terbaik?" Baginda menjawab: "Yang manis lagi sejuk". [Riwayat al-Tirmidzi dalam Sunannya dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2816].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.