Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Minuman yang terbaik ialah yang manis lagi sejuk

Teks Bahasa Arab

أطيب الشراب الحلوُ الباردُ.

Teks Bahasa Melayu

Minuman yang terbaik ialah yang manis lagi sejuk.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 398, hadis no. 2126. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الزهري؛ أن النبي ﷺ سئل: أي الشراب أطيب؟ قال: «الحلو البارد». [ت، عد، «الضعيفة» (2816)].

(Lemah) Daripada al-Zuhri, bahawa Nabi ﷺ ditanya: "Apakah minuman yang terbaik?" Baginda menjawab: "Yang manis lagi sejuk". [Riwayat al-Tirmidzi dalam Sunannya dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2816].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.