Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان أحبُّ الشَّرابِ إليه اللبنُ.
Teks Bahasa Melayu
Minuman yang paling digemari Rasulullah SAW adalah susu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1075, hadis no. 5479. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: أحب الشراب إليه اللبن. [أبو نعيم في الطب، الضعيفة (5920)]
(Sangat lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Minuman yang paling digemari Rasulullah SAW adalah susu. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5920]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman