Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شُرْبُ اللبنِ مَحْضُ الإيمانِ، من شَرِبَهُ في مَنامِهِ فهو على الإسلامِ والفطرةِ، ومن تناول اللبنَ بيدِهِ فهو يعملُ بشرائعِ الإسلامِ.
Teks Bahasa Melayu
Minum susu ialah keimanan yang tulen. Sesiapa yang meminumnya di dalam mimpinya maka dia berada dalam Islam dan fitrah. Sesiapa yang mengambil susu dengan tangannya maka dia mengamalkan syariat Islam.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 394, hadis no. 2101. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau disandarkan kepada Nabi ﷺ: "Minum susu ialah keimanan yang tulen. Sesiapa yang meminumnya di dalam mimpinya maka dia berada dalam Islam dan fitrah. Sesiapa yang mengambil susu dengan tangannya maka dia mengamalkan syariat Islam". [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1971].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman