TEKS BAHASA ARAB
الشرب من فضل وضوء المؤمن فيه شفاء من كل داء، أدناها الهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Minum daripada lebihan wuduk seorang mukmin itu padanya ada penawar bagi segala penyakit, yang paling ringannya ialah kerunsingan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 403, hadis nombor 2161. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة وعبد الله بن عمر- رضي الله عنهم – وجماعة من أصحاب النبي ﷺ مرفوعاً: «الشرب من فضل وضوء المؤمن فيه شفاء من كل داء، أدناها الهم». [ابن شاهين في «الترغيب»، فر، «الضعيفة» (3757)].
(Palsu) Daripada Abu Umamah, Abdullah bin Umar RA dan sekumpulan sahabat Nabi ﷺ secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Minum daripada lebihan wuduk seorang mukmin itu padanya ada penawar bagi segala penyakit, yang paling ringannya ialah kerunsingan". [Riwayat Ibn Shahin dalam al-Targhib dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3757].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.