Minum daripada lebihan air wuduk orang beriman, padanya itu ada penawar

TEKS BAHASA ARAB

الشرب من فضل وضوء المؤمن فيه شفاء من كل داء، أدناها الهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Minum daripada lebihan air wuduk orang beriman, padanya itu ada penawar kepada semua jenis penyakit, sekurang-kurangnya penyakit kerunsingan melampau (anxiety).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1177, hadis nombor 5957. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة و عبد الله بن عمر وجماعة من أصحاب النبي – رضي الله عنهم – مرفوعا: ((الشرب من فضل وضوء المؤمن فيه شفاء من كل داء، أدناها الهم)). [ابن شاهين، فر، ((الضعيفة))، (3757)]

(Palsu) Daripada Abu Umamah dan ‘Abdullah bin ‘Umar, bahkan ramai daripada kalangan para sahabat Nabi Muhammad SAW RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), telah berkata: Minum daripada lebihan air wuduk orang beriman, padanya itu ada penawar kepada semua jenis penyakit, sekurang-kurangnya penyakit kerunsingan melampau. (anxiety). [Riwayat Ibn Syahin, dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3757]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs