Minum air lebihan wuduk orang beriman

TEKS BAHASA ARAB

الشرب من فضل وضوء المؤمن فيه شفاء من كل داء، أدناها الهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Minum air lebihan wuduk orang beriman, terdapat penawar padanya daripada setiap penyakit, sekurang-kurangnya penyakit resah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1204, hadis nombor 6121. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي أمامة وعبد الله بن عمر وجماعة من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم مرفوعاً: الشرب من فضل وضوء المؤمن فيه شفاء من كل داء، أدناها الهم.
[ابن شاهين، فر، ((الضعيفة)) (3757)]

(Palsu)
Daripada Abi Umamah, ‘Abdillah bin ‘Umar dan sekumpulan sahabat Nabi RA secara marfu’: Minum air lebihan wuduk orang beriman, terdapat penawar padanya daripada setiap penyakit, sekurang-kurangnya penyakit resah.
[Riwayat Ibn Shahin dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3757]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs