Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Mintalah petunjuk kepada orang berakal

Teks Bahasa Arab

إسْتَرْشِدُوا العاقِلَ تَرْشُدُوا وَلا تَعْصُوهُ فَتَنْدَمُوا.

Teks Bahasa Melayu

Mintalah petunjuk kepada orang berakal, kamu akan memperolehi petunjuk dan janganlah kamu menyelisihinya, menyebabkan kamu menyesal.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 16, hadis no. 65. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia melalui riwayat Sulaiman bin 'Isa al-Sijzi, beliau telah memalsukan satu naskhah yang lengkap berkenaan akal. Semoga Allah memburukkannya dan tidak memberkatinya. Ini bukanlah berasal daripada hadith Rasulullah SAW dan bukan juga melalui riwayat Malik.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.