Mintalah pertolongan dengan tangan kananmu

TEKS BAHASA ARAB

استعن بيمينك. وأومى بيده إلي الخط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mintalah pertolongan dengan tangan kananmu. Baginda membuat isyarat tangan baginda untuk menulis.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1251, hadis nombor 6385. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: كان رجل من الأنصار يجلس إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فيسمع من النبي صلى الله عليه وسلم الحديث فيعجبه ولا يحفظه، فشكا ذلك إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: إني لأسمع منك الحديث فيعجبني ولا أحفظه، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: استعن بيمينك. وأومى بيده إلي الخط.
[ت، ابن الأعرابي، المخلدي في ((الفوائد)) الكتاني في ((جزء من حديثه))، عد، الخطيب في ((الجامع)) ((الضعيفة)) (2761)]

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Seorang lelaki dalam kalangan Ansar sedang duduk menghadap Rasulullah SAW, lelaki itu pun mendengar hadis daripada Rasulullah SAW lalu dia merasa kagum tapi dia tidak dapat mengingatinya. Lalu beliau pun mengadu kepada Rasulullah SAW tentang perkara tersebut, lelaki itu berkata: Sesungguhnya aku benar-benar sedang mendengar hadis daripada kamu, lalu hadis itu membuatkan saya merasa kagum tapi saya tidak dapat mengingatinya. Rasulullah SAW bersabda: Mintalah pertolongan dengan tangan kananmu. Baginda membuat isyarat tangan baginda untuk menulis.
[Riwayat al-Tirmizi, Ibn al-A'rabi, al-Makhladi dalam al-Fawa'id, al-Kittani dalam Juz Min Hadithihi, Ibn 'Adi, al-Khatib dalam al-Jami'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2761]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.