TEKS BAHASA ARAB
تعوذوا بالله من جب الحزن، أو وادي الحزن. قيل: يا رسول الله! وما جب الحزن أو وادي الحزن؟ قال: واد في جهنم، تعوذ منه جهنم كل يوم سبعين مرة، أعده الله للقراء المرائين، وإن من شرار القراء من يزور الأمراء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Mintalah perlindungan kepada Allah daripada sumur kesedihan atau lembah kesedihan. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu sumur kesedihan atau lembah kesedihan? Baginda menjawab: Satu lembah dalam neraka jahanam, neraka jahanam memohon perlindungan sebanyak 70 kali sehari daripada lembah tersebut, ia disediakan oleh Allah untuk para qurra’ (pembaca al-Qur’an) yang riak dan sesungguhnya antara seburuk-buruk qurra’ adalah yang menziarahi para pemerintah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1287, hadis nombor 6586. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن علي رضي الله عنه مرفوعا: تعوذوا بالله من جب الحزن، أو وادي الحزن. قيل: يا رسول الله! وما جب الحزن أو وادي الحزن؟ قال: واد في جهنم، تعوذ منه جهنم كل يوم سبعين مرة، أعده الله للقراء المرائين، وإن من شرار القراء من يزور الأمراء.
[عق، عد، تمام، ((الضعيفة)) (5024)]
(Lemah)
Daripada ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mintalah perlindungan kepada Allah daripada sumur kesedihan atau lembah kesedihan. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu sumur kesedihan atau lembah kesedihan? Baginda menjawab: Satu lembah dalam neraka jahanam, neraka jahanam memohon perlindungan sebanyak 70 kali sehari daripada lembah tersebut, ia disediakan oleh Allah untuk para qurra’ (pembaca al-Qur’an) yang riak dan sesungguhnya antara seburuk-buruk qurra’ adalah yang menziarahi para pemerintah.
[Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du’afa’ al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Tammam. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5024]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.