Mintalah perlindungan kepada Allah daripada sifat yang buruk

TEKS BAHASA ARAB

استعيذوا بالله من طمع يهدي إلى طبع، ومن طمع يهدي إلى غير مطمع، ومن طمع حيث لا مطمع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mintalah perlindungan kepada Allah daripada sifat tamak yang boleh menjadi tabiat (akhlak) dan daripada sifat tamak yang boleh membawa kepada sesuatu yang tidak diingini dan juga daripada sifat tamak yang tidak berkesudahan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1413, hadis nombor 7169. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه مرفوعا: استعيذوا بالله من طمع يهدي إلى طبع، ومن طمع يهدي إلى غير مطمع، ومن طمع حيث لا مطمع.
[حم، ابو عبيد في ((الغريب))، عبد بن حميد، الشاشي في ((مسنده))، البزار، طب، القضاعي، ((الضعيفة)) (1373)]

(Lemah)
Daripada Mu’az bin Jabal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mintalah perlindungan kepada Allah daripada sifat tamak yang boleh menjadi tabiat (akhlak) dan daripada sifat tamak yang boleh membawa kepada sesuatu yang tidak diingini dan juga daripada sifat tamak yang tidak berkesudahan.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Abu 'Ubaid dalam al-Gharib, Abd bin Humaid, al-Shashi dalam Musnad beliau, al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Quda'ei. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1373]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs