Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
استَعِيذُوا باللهِ من طَمَعٍ يَهْدِي إلى طَبْعٍ ، ومن طَمَعٍ يَهْدِي إلى غيرِ مَطْمَعٍ ، ومن طَمَعٍ حيثُ لا مَطْمَعَ.
Teks Bahasa Melayu
Mintalah perlindungan kepada Allah daripada sifat tamak yang boleh menjadi tabiat (akhlak) dan daripada sifat tamak yang boleh membawa kepada sesuatu yang tidak diingini dan juga daripada sifat tamak yang tidak berkesudahan.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1413, hadis no. 7169. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه مرفوعا: استعيذوا بالله من طمع يهدي إلى طبع، ومن طمع يهدي إلى غير مطمع، ومن طمع حيث لا مطمع. [حم، ابو عبيد في ((الغريب))، عبد بن حميد، الشاشي في ((مسنده))، البزار، طب، القضاعي، ((الضعيفة)) (1373)]
(Lemah) Daripada Mu'az bin Jabal RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Mintalah perlindungan kepada Allah daripada sifat tamak yang boleh menjadi tabiat (akhlak) dan daripada sifat tamak yang boleh membawa kepada sesuatu yang tidak diingini dan juga daripada sifat tamak yang tidak berkesudahan. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Abu 'Ubaid dalam al-Gharib, Abd bin Humaid, al-Shashi dalam Musnad beliau, al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Quda'ei. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1373]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman