Mintalah perlindungan kepada Allah daripada al-Mughaqir

TEKS BAHASA ARAB

استعيذوا بالله من المغاقر، قيل: وما المغاقر؟ قال: الإمام الجائر الذي إن أحسنت لم يقبل، وإن أسأت لم يتجاوز، ومن جار السوء الذي عينه تراك وقلبه يرعاك، وإن رأى خيرا دفنه، وإن رأى شرا أذاعه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mintalah perlindungan kepada Allah daripada al-Mughaqir. Dikatakan: Apakah itu al-Mughaqir? Baginda menjawab: Pemimpin jahat yang jika kamu berbuat baik, dia tidak akan menerima dan jika kamu berbuat jahat, dia tidak akan melepaskan, dan juga daripada jiran jahat yang matanya melihat kamu sedangkan hatinya pula mengawasi kamu. Jika dia melihat kebaikan, dia sembunyikan dan jika dia melihat kejahatan, dia sebarkan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1413, hadis nombor 7170. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: استعيذوا بالله من المغاقر، قيل: وما المغاقر؟ قال: الإمام الجائر الذي إن أحسنت لم يقبل، وإن أسأت لم يتجاوز، ومن جار السوء الذي عينه تراك وقلبه يرعاك، وإن رأى خيرا دفنه، وإن رأى شرا أذاعه.
[عد، ((الضعيفة)) (1307)]

(Sangat lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Mintalah perlindungan kepada Allah daripada al-Mughaqir. Dikatakan: Apakah itu al-Mughaqir? Baginda menjawab: Pemimpin jahat yang jika kamu berbuat baik, dia tidak akan menerima dan jika kamu berbuat jahat, dia tidak akan melepaskan, dan juga daripada jiran jahat yang matanya melihat kamu sedangkan hatinya pula mengawasi kamu. Jika dia melihat kebaikan, dia sembunyikan dan jika dia melihat kejahatan, dia sebarkan.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1307]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs