Mintalah perlindungan dengan Allah daripada Jubb al-Hazan

TEKS BAHASA ARAB

تعوذوا بالله من جب الحزن! قالوا: يا رسول الله! وما جب الحزن ؟ قال: واد في جهنم، إن جهنم تتعوذ بالله من شر ذلك الوادي في كل يوم أربع مائة مرة، يلقى فيه الغرارون . قيل: وما الغرارون ؟ قال: المراؤون بأعمالهم في الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mintalah perlindungan dengan Allah daripada Jubb al-Hazan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu Jubb al-Hazan? Baginda menjawab: Suatu lembah di neraka jahanam. Sesungguhnya neraka jahanam meminta perlindungan dengan Allah daripada keburukan lembah itu sebanyak 400 kali setiap hari. Golongan penipu dicampakkan ke dalam lembah itu. Baginda ditanya: Siapakah golongan penipu itu? Baginda menjawab: Mereka yang suka menayangkan amalan-amalan mereka di dunia.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2040, hadis nombor 10268. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: تعوَّذُوا باللهِ من جُبِّ الحُزنِ! قالوا: يا رسولَ اللهِ! وما جُبِّ الحُزنِ؟ قال: وادٍ في جهنمَ، إن جهنمَ تتعوَّذُ باللهِ من شرِّ ذلك الوادي في كلِّ يومٍ أربعَ مائةِ مرةٍ، يُلقى فيهِ الغرَّارونَ. قيلَ: وما الغرَّارون؟ قال: المُراؤونَ بأعمالِهم في الدُّنيا.
[طس، ((الضعيفة)) (5152)]

(Sangat lemah)
Daripada Abu Hurairah R.A, beliau meriwayatkan secara marfu’: Mintalah perlindungan dengan Allah daripada Jubb al-Hazan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu Jubb al-Hazan? Baginda menjawab: Suatu lembah di neraka jahanam. Sesungguhnya neraka jahanam meminta perlindungan dengan Allah daripada keburukan lembah itu sebanyak 400 kali setiap hari. Golongan penipu dicampakkan ke dalam lembah itu. Baginda ditanya: Siapakah golongan penipu itu? Baginda menjawab: Mereka yang suka menayangkan amalan-amalan mereka di dunia.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5152]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs