Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تعوَّذُوا باللهِ من جُبِّ الحُزنِ! قالوا: يا رسولَ اللهِ! وما جُبِّ الحُزنِ؟ قال: وادٍ في جهنمَ، إن جهنمَ تتعوَّذُ باللهِ من شرِّ ذلك الوادي في كلِّ يومٍ أربعَ مائةِ مرةٍ، يُلقى فيهِ الغرَّارونَ. قيلَ: وما الغرَّارون؟ قال: المُراؤونَ بأعمالِهم في الدُّنيا.
Teks Bahasa Melayu
Mintalah perlindungan dengan Allah daripada Jubb al-Hazan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu Jubb al-Hazan? Baginda menjawab: Suatu lembah di neraka jahanam. Sesungguhnya neraka jahanam meminta perlindungan dengan Allah daripada keburukan lembah itu sebanyak 400 kali setiap hari. Golongan penipu dicampakkan ke dalam lembah itu. Baginda ditanya: Siapakah golongan penipu itu? Baginda menjawab: Mereka yang suka menayangkan amalan-amalan mereka di dunia.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2040, hadis no. 10268. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat lemah) Daripada Abu Hurairah R.A, beliau meriwayatkan secara marfu': Mintalah perlindungan dengan Allah daripada Jubb al-Hazan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu Jubb al-Hazan? Baginda menjawab: Suatu lembah di neraka jahanam. Sesungguhnya neraka jahanam meminta perlindungan dengan Allah daripada keburukan lembah itu sebanyak 400 kali setiap hari. Golongan penipu dicampakkan ke dalam lembah itu. Baginda ditanya: Siapakah golongan penipu itu? Baginda menjawab: Mereka yang suka menayangkan amalan-amalan mereka di dunia. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5152]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman