Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اُطْلٌبِ الْعَاِفِيَةَ لِغَيْرِكَ؛ تُرْزَقْهَا فِيْ نَفْسِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Mintalah kesihatan bagi orang lain, maka kesihatan itu akan turut dikurniakan buat dirimu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1500, hadis no. 7654. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- ((اطلب العافية لغيرك؛ ترزقها في نفسك)). [(الأصبهاني، (الضعيفة)) (5475)].
(Daif Jiddan) Daripada Abdullah Bin Umar RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Mintalah kesihatan bagi orang lain, maka kesihatan itu akan turut dikurniakan buat dirimu. [Riwayat al-Asbahani. Lihat juga Silsilah al-Da’ifah no. 5474)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman